Thursday 29 September 2016

BAB 9: SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

Pentaksiran terdiri daripada pengukuran,  pengujian dan penilaian. Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian Formatif ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan, semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tujuan penilaian adalah untuk memperbaiki kelemahan yang wujud pada pelajar berkenaan. Manakala pula, Penilaian Sumatif ialah penilaian yang dilakukan di akhir sesuatu pengajaran atau program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran di IPG diadakan dalam beberapa bentuk iaitu peperiksaan, kerja kursus, penilaian praktikum, penilaian Bina Insan Guru (BIG) dan penilaian gerak kerja kokurikulum. 

    Selain itu, tugasan kerja kursus dijalankan dalam bentuk tugasan individu dan berkumpulan bergantung kepada objektif penilaian kerja kursus sesuatu subjek. Dalam pada itu, integriti dituntut dari setiap pelajar semasa melaksanakan tugasan kerja kursus. Hasil kerja kursus mestilah idea dan pandangan diri sendiri. Misalnya, membuat laporan hasil kajian diri sendiri atau kumpulan dan menyiapkan kerja amali dengan idea yang asli dan bukan dari individu lain.


9.1 JENIS - JENIS PENTAKSIRAN

Pentaksiran di IPG diadakan dalam beberapa bentuk iaitu : 
Peperiksaan
Kerja kursus
Projek
Ujian Amali
Ujian Akhir Kursus
       3. Penilaian Praktikum 
       4. Penialian Bina Insan Guru
       5. Penilaian Gerak Kerja Kokurikulum


9.2 PERSEDIAAN UNTUK PENTAKSIRAN

Terdapat beberapa bentuk pentaksiran untuk IPG : 
Peperiksaan -
Tugasan kerja kursus -
Praktikum - dijalankan pada sem 5, 6, 7
Bina Insan Guru - setiap semester
Aktiviti kokurikulum - Semester 3 & 4 bagi unit beruniform, olahraga dan semester 1 & 2 bagi persatuan/  kelab/ sukan permainan
Internship - dijalankan pada sem 8

Tugasan individu dan tugasan berkumpulan
Tugasan individu dan tugasan berkumpulan bergantung kepada objektif penilaian kerja kursus subjek berkenaan. Penilaian dilakukan dalam tiga bentuk misanya penulisan esei, persembahan dan penulisan kreatif. 
Kandungan penulisan reflektif mengandungi : 
Menerangkan pengalaman menyiapkan tugasan kerja kursus
Menghuraikan masalah yang dihadapi ketika melakukan kerja kursus


No comments:

Post a Comment