Thursday 29 September 2016

BAB 6: KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT & PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantum idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau diduksi. Penguasaan terhadap aspek kemahiran memproses maklumat akan membolehkan seseorang pelajar itu mengenal pasti nilai maklumat serta menggunakannya untuk membuat sesuatu tugasan atau keputusan tujuan peribadi, profesional atau akademik. Seseorang pelajar yang menguasai kemahiran memproses maklumat berkebolehan untuk mencapai, menilai, menyususn, menyerap dan menggunakan maklumat secara efektif dari pelbagai sumber serta format.

Pelajar perlu menguasai kemahiran memproses maklumat kerana ia adalah amat penting dalam proses pembelajaran sepanjang hayat. Ia memerlukan pembabitan atau penglibatan yang berterusan dalam bidang pembelajaran dan penilaian maklumat.

6.1 Menganalisis Maklumat yang Dikumpul

DEFINISI
Pemikiran kritis melibatkan penggunaan operasi
Kemahiran berfikir asas untuk menganalisis sesuatu hujah supaya hujah itu dapat ditafsir dan difahami dengan jelas.
Analisis hujah perlu dibuat dengan terperinci, objektif, dan gigih

Tujuan
Menganalisis maklumat bertujuan untuk meningkatkan pemahaman
Menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui

KEMAHIRAN MENGANALISIS SECARA KRITIS

(A) Menganalisis Idea
Menganalisis sesuatu perkara atau idea dengan cara:
Mengelas
Membanding dan membeza
Meneliti perhubungan bahagian keseluruhan
Membuat urutan

(B) Menganalisis Hujah
Mengenal pasti unsur-unsur yang digunakan dalam pemikiran apabila seseorang mengkomunikasikan idea.
Mencari sebab dan kesimpulan
Mengusul periksa andaian
Membuat urutan
Mengatur perkara-perkara mengikut satu susunan berdasarkan criteria yang bermakna.
Perkara yang dikaji pula boleh merupakan sesuatu objek, organism, idea, atau institusi.

Jenis-jenis urutan

Urutan abjad - cth : Senarai nama
Urutan masa - cth : Kesultanan Melaka
Analisis operasi - cth : Prosedur membuat kerja kursus berportfolio
Rangkaian sebab - cth : Kepupusan Dinosaur
Kitar - cth : Kitar Oksigen
Pangkatan - cth : Rancangan kerja mengikut keutamaan


6.2 Mentafsir Dan Membuat Kesimpulan

Maklumat dalam bentuk teks boleh ditafsirkan menggunakan kaedah analisis dokumen dengan mendapatkan tema-tema atau menyatakan semula apa yang dikatakan dalam bentuk naratif. Berikut merupakan langkah untuk mentafsir maklumat dalam bentuk teks iaitu:

6.3 Menilai Maklumat

Terdapat dua perkara yang penting untuk menilai maklumat iaitu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan. Maklumat dalam penulisan dilakukan dengan membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan sebab-sebab yang kukuh. Kesimpulan dibuat berdsarkan hasil analisis dan tafsiran yang dibuat.

Penilaian juga dilakukan keatas maklumat yang ingin dijadikan bahan rujukan berdasarkan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai keberkesanan maklumat tersebut. Antaranya ialah :

a)    Autoriti – kebolehpercayaan sesuatu maklumat

b)    Ketepatan – maklumat yang benar memberi manfaat kepada pembaca

c)    Saksama – bersifat adil dan neutral

d)    Nilai semasa – maklumat terkini

e)    Lengkap dan jelas – memberikan gambaran jelas dan lengkap mengenai sesuatu isu.



6.4 Mensintesis Maklumat Untuk Menghasilkan Bahan Bertulis

Proses mensintesis – peringkat menggabungkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan satu idea baru secara menyeluruh. Sintesis juga bermkasud menggabungkan dan menggubah idea. Mensintesis menjadikan data dalam bentuk baru dan bersepadu.

No comments:

Post a Comment