Thursday 29 September 2016

BAB 8: SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LEARNING MANAGEMENT SYSTEM)

Apa itu Sistem Pengurusan Pembelajaran ?

    Sistem Pengurusan Pembelajaran adalah atau lebih dikenali sebagai Learning Managment System(LMS) merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran,dokumentasi dan laporan program latihan,kelas serta aktiviti dalam talian,e-learning program dan kadar latihan.LMS merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan MAMPU. MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif Open Source Software(OSS). LMS boleh dibahagikan kepada dua kategori,iaitu proprietary dan open source. Contoh LMS proprietary yang biasa digunakan adalah Blackboard manakala contoh bagi LMS open source pula ialah Moodle yang popular dan digunakan secara meluas kerana ia adalah percuma dan boleh di ubah suai. LMS di SPIN misalnya,merupakan sistem pengurusan pegajaran dan pembelajaran interaktif


8.1 Ciri-ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran

Sistem Pengurusan Pembelajaran biasanya menggunakan internet melalui e-pembelajaran yang diperoleh di laman web universiti atau kolej. SPP digunakan untuk membantu memudahkan pengurusan dilakukan ke atas pelajar, subjek-subjek setiap semester, membantu pensyarah mengurus subjek yang ditawarkan dan pentadbiran sepanjang pengajian di universiti, institut dan kolej.


Gambar ini menunjukkan contoh Sistem Pengurusan Pembelajaran dari Universiti Putra Malaysia.




8.2 Kegunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran

Sistem Pengurusan Pembelajaran atau LMS mampu memberi impak kepada asas aktiviti institusi pendidikan. LMS juga memainkan peranan di dalam latihan dan pengukur kemahiran perniagaan. Ia perlu diselarikan dengan prosedur standard untuk semua aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran termasuk menangani isu-isu dasar yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti ini.

Hasilnya terhadap pilihan LMS sama ada komersial atau Sumber terbuka, telah menggabungkan semua isu ini di dalam pelaksanaannya.  LMS biasanya menawarkan pelbagai alatan untuk menyediakan kursus yang lebih berkesan dan ia adalah alatan yang sesuai untuk memperkemaskan pembelajaran dengan menggunakan kelebihan yang terdapat di internet tanpa mengabaikan kepentingan seorang guru.

Moodle merupakan salah satu perisian yang dilihat mempunyai nilai yang tinggi dan paling tinggi penggunaannya di dalam komuniti pendidikan, khususnya pendidikan tinggi dan universiti.
Kelebihan utama perisian Sumber terbuka ialah kos pelesenannya dihapuskan tidak seperti LMS yang komersil.  Faktor penting yang kedua ialah perisian Sumber terbuka mempunyai fungsi yang boleh disesuaikan dan diubah untuk memenuhi keperluan pengguna. Di samping itu, sokongan bantuan terhadap sumber terbuka adalah amat kuat.

Moodle semakin mendapat populariti dalam kalangan universiti dunia dan sama ada yang sedang digunakan atau telah lama digunakan di beberapa universiti dunia.  Kebanyakan laman web universiti-universiti UK telah mendedahkan penggunaan penuh mereka terhadap Moodle termasuklah Kent,Essex, Bath, Birmingham, Glasgow,Open University and City of Dublin. Universiti yang menggunakan Moodle ialah UNITEN.


Gambar ini menunjukkan contoh Moodle yang digunakan oleh UNITEN.



8.3 Kepentingan Sistem Pengurusan Pembelajaran

Kepentingan LMS adalah

Antara kepentingan LMS adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.Hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.LMS melibatkan penggunaan kos secara efektif.Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.Melalui penggunaan LMS,pelajar juga berpeluang untuk berbincang dengan pakar dari universiti melalui emel atau blackboard.Selain itu,LMS dapat memberikan pelbagai kemudahan samaada untuk pelajar,pengurus kursus,tutor,pengurus pusat pembelajaran.

 Kelebihan LMS kepada pelajar adalah,dapat merancang pembelajaran,dapat berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekelas secara maya dan memboleh pelbagai maklumat didapati.
Kelebihan LMS kepada pengurus pusat pembelajaran pula adalah,untuk menguasai penggunaan suatu perisian kursus dan dan dapat menyalur bahan dari pelbagai sumber.
 Kelebihan LMS kepada pengurus kursus adalah,dapat mendaftarkan pelajar mengikut kursus serta dapat menjalankan program kepada pelajar.







No comments:

Post a Comment