Pengambilan nota yang baik dapat membantu pelajar memahami apa yang dipelajari dan digunakan ketika mengulang kaji peperiksaan.
Berikut adalah beberapa perkara penting ketika mencatat nota yang efektif :
Mengetahui idea utama
Mengenalpasti maklumat yang sesuai untuk ditulis
Menggunakan cara yang sesuai seperti outline note atau column note
Menggunakan cara menulis nota bentuk grafik
Menggunakan perkataan sendiri
Mencatat sumbar maklumat diperoleh
*Mencatat nota juga membantu pelajar memberi tumpuan dan mengingat apa yang disampaikan oleh pensyarah (Turkel, J., K., & Peterson, F., 1982).
5.1 Cara-cara Membuat Nota
Terdapat beberapa cara yang biasa digunakan untuk mencatat nota iaitu :
Annotation - nota yang ditulis dalam bentuk kerangka isi penting.
Outline notes – nota yang ditulis dalam bentuk isi-isi penting.
Column notes – nota yang ditulis dalam bentuk kolum.
Nota rumusan – nota dalam bentuk rumusan.
5.2 Alat-alat Berfikir Dalam Membuat Nota
Terdapat beberapa alat berfikir yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada ketika ini.
Alat berfikir berkenaan adalah seperti berikut :
1. PENGURUSAN GRAFIK
2. PETA MINDA
3. PEMETAAN i-THINK
4. TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI
PENYOALAN SOKRATIK
SOALAN BERTUMPU DAN MENCAPAH
LINGKARAN SOALAN
No comments:
Post a Comment