Thursday 29 September 2016

BAB 2: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah. Pengurusan melibatkan kerjasama dengan orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan. Manakala, Mary Parker Follat (1995) seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain. 

    Dalam erti kata lain, pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku secara  kekal. Pembelajaran juga merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku berpotensi berdasarkan pengalaman-pengalaman berulang dalam sesuatu situasi.  


2.1 PENETAPAN MATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK

    Penetapan matlamat diri dan akademik harus menjadi satu perkara utama yang perlu diberikan perhatian oleh setiap pelajar mahupun mahasisawa dan mahasiswi. Bagi membolehkan pelajar memahami dengan lebih jelas tentang konsep penetapan matlamat diri dan akademik, pelajar boleh menggunakan teknik SMART.

















2.2 PENGURUSAN MASA

    Perancangan jadual belajar melibatkan kemahiran mengurus masa. Anda perlu mengetahui cara menggunakan masa dengan betul. Pelajar harus menjadikan sekolah dan IPT sebagai tempat yang menyeronokkan untuk menuntut ilmu. Pembahagian masa untuk belajar, beriadah, berlatih dan menonton televisyen. Rahsia pelajar yang berjaya dengan cemerlang adalah mengurus masa dengan cekap yang membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dengan jayanya (Khalid Mohamed Noor, 2002). 
    Padilah Ali (1994) menyatakan bahawa perancangan dan penyediaan jadual waktu dapat menunjukkan beban kerja sebenar yang dihadapi pelajar. Secara tidak langsung pelajar dapat mencorak pembelajaran mereka dan cara mengulang kaji yang sesuai. Zukifli et.al. (1993) menyatakan bahawa jadual waktu merupakan arah tuju dan panduan untuk pelajar belajar dengan lebih bersistematik. 
    Jadual waktu ini bukan jadual waktu mingguan yang tetap. Namun, jadual waktu merupakan satu senarai aktivit yang perlu dilakukan hari ini atau hari keesokannya. Senarai ini mesti bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran seperti tugasan atau assingnment, mata pelajaraan hari ini, esok dan latihan atau perjumpaan yang perlu hadir.

2.3 MENGENALI GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI

    Menjelang Wawasan 2020, pendidikan di Malaysia seharusnya bergerak seiring dengan kemajuan negara. Namun, pelajar tidak didedahkan dengan pelbagai model dan teknik pembelajaran. Malangnya, perkara ini tidak ditekankan oleh guru dan pensyarah. Sarena Abdul Karim (2003) menyatakan bahawa sistem pendidikan di Malaysia tidak menekankan aspek teknik belajar atau kemahiran belajar. 
    Setiap individu mempunyai kecerdasan dan tahap intelektual yang berbeza. Oleh itu, setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri mengikut kesesuaian individu. Antara gaya dan model pembelajaran kendiri ialah gaya pembelajaran VARK, gaya pembelajaran Dunn & Dunn dan gaya pembelajaran Kecerdasan Pelbagai. 


a) Gaya pembelajaran VARK
(b) Gaya pembelajaran Dunn & Dunn
(c) Gaya pembelajaran Kecerdasan Pelbagai 

 2.4 Strategi Meningkatkan Daya Ingatan.

Boleh dilakukan dengan pelbagai cara bergantung kepada individu.
Dua jenis ingatan iaitu :
 · Ingatan jangka pendek.
· Ingatan jangka panjang.

 · Merupakan maklumat yang disimpan dalam jangka masa 15 hingga 30 saat (Atkinson & Shiffrin, 1971).
 · Merupakan maklumat yang disimpan sehingga akhir hayat.

Strategi yang digunakan untuk meningkatkan daya ingatan sama ada ingatan jangka pendek atau jangka panjang adalah melalui penggunaan beberapa teknik iaitu (Hancoch &Buggy, 2012) :
 · Akronim
· Akrostik
· Irama dan lagu
· Lokasi
· Chunking
· Latihan berulang-ulang



2.5 Perancangan Jadual Belajar.

-Merupakan salah satu aspek dalam pengurusan masa.
 -Pengurusan masa yang baik dapat memberi manafaat  kepada individu supaya sentiasa melakukan aktiviti yang berfaedah, cekap dan     berkesan.



No comments:

Post a Comment