Thursday 29 September 2016

BAB 4: TEKNIK MEMBACA

Membaca merupakan proses yang kompleks melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan.


4.1 Pembacaan Cepat. (Speed Reading Technique)

Teknik ini biasanya digunakan apabila pembaca ingin memilih artikel sama ada bahan dalam artikel  berkenaan sesuai atau tidak dengan apa yang diingini dan mengikut keperluan.

Amat penting kerana dapat menjimatkan masa membaca secara keseluruhan artikel berkenaan dan kemudiannya artikel tidak sesuai dengan kehendak dan keperluan pembaca (Sutz & Weverka, 2009).

Dua jenis teknik bacaan cepat ialah : 

a) Luncuran / Skimming

b) Imbasan / Scanning

a) SKIMMING:  membaca secara pantas bahan bacaan untuk tujuan memahami idea utama  atau tema bahan bacaan berkenaan.  Dalam membaca sesuatu  petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting sesuatu perenggan untuk mendapatkan fahaman umum.  Dalam membaca  sesebuah buku, fokus kita ialah kepada bahagian tertentu buku berkenaan seperti bahagian pengenalan, daftar isi kandungan, prakata, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indek untuk mendapatkan gambaran umum tentang buku yang dibaca.

b) SCANNING:  Pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus sesuatu bahan bacaan.  Pembaca boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting.  Ketika membaca kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah petikan muka surat yang dibaca sambil memberi tumpuan kepada maklumat yang dicari.



4.2 Pembacaan Perlahan.

 ·   Pembacaan perlahan juga dikenali sebagai teknik bacaan secara kritis

 ·   Teknik bacaan ini terdiri daripada dua teknik iaitu : 


a) Teknik KWLH (Know, Want, Learned, How)

· K – mengingat semula apa yang telah diketahui berkaitan topik yang 

· W  - menentukan apa yang ingin dipelajari daripada artikel berkenaan .

· L  - menyatakan apa yang dipelajari daripada bahan yang dibaca.

· H  - menyatakan bagaimana pelajar ingin meneruskan penerokaan beraitan topik 

Teknik ini bertujuan memberikan pelajar peluang membaca secara kritis mengaitkan pengalaman sedia ada dengan perkara yang dibaca pertingkatkan minat untuk membaca perkara-perkara yang hendak   diketahui  mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang perlu diketahui lagi  peningkatan pemahaman membaca sesuatu bahan yang dibaca.
Langkah-langkah membaca menggunakan Teknik KWLH
1. Kenal pasti bahan yang hendak dibaca. Adakah bahan itu artikel, rencana, petikan, buku atau sebagainya. Lihat sepintas lalu bahan itu, cuba buat  jangkaan isi bahan itu.
2. Cuba catatkan maklumat yang telah diketahui berkenaan tajuk itu. Atau cuba sebutkan perkara-perkara yang telah diketahui tentang tajuk. Cuba binaan soalan-soalan yang ingin anda dapatkan maklumat daripada teks berkenaan.
3. Baca teks berkenaan dan catatkan maklumat-maklumat yang anda dapati.
4. Semak kembali apa yang telah anda ketahui, apa yang baru anda dapati daripada teks dan jika anda memerlukan maklumat tambahan yang lain, cuba cadang dan sebutkan, bagaimanakah cara untuk anda dapatkan meklumat tambahan itu.

 b) SQ4R:  Merupakan satu teknik membaca yang dapat membantu pelajar memahami dan mengingat maklumat yang dibaca melalui satu siri tindakan yang berurutan.  Teknik ini dibangunkan oleh Thomas & Robinson (1972) berasaskan sistem SQ3R yang dibina oleh Robinson (1961).  Teknik ini diakui berkesan untuk membantu pembelajaran dan ingatan pelajar.  Langkah-langkah penggunaan SQ4R:

Teknik SQ3R (Survey, Question, Read, Recite, Review)

· S – menyemak teks yang ingin dibaca – tajuk, pengenalan, setiap perenggan, 

· Q – menyoal teks yang dibaca supaya pembaca dapat memahami apa yang 

· R – membaca dan mencatat perkara penting yang dibincangkan dalam teks.

· R – menyatakan semula dalam bentuk lisan berdasarkan catatan yang dibuat. 

·R – membuat gambaran dengan menyatakan semula idea keseluruhan teks yang dibincangkan .

Survey (Tinjauan):  Skim bahan bacaan secara cepat untuk mendapatkan idea secara keseluruhan.  Beri perhatian kepada tajuk/sub-tajuk, sinopsis, daftar isi kandungan dan kenal pasti apa yang hendak anda baca atau pelajari.

Question (Bina Soalan): Bina soalan kepada diri sendiri mengenai bahan yang hendak dibaca.  Gunakan tajuk / sub-topik sebagai panduan. Gunakan kata tanya siapa, apa, mengapa dan di mana.

Read (Baca):  Baca bahan. Tidak perlu mengambil nota secara ekstensif.  Cuba jawab soalan-soalan yang telah dibina.  Tambah soalan-soalan baru sekiranya perlu.

Reflect (Refleksi):  Cuba fahami secara bermakna maklumat yang dibaca dengan (i) menghubungkannya dengan apa yang telah anda ketahui (ii) menghubungkan sub-topik dengan konsep dan prinsip sebelumnya (iii) cuba menyelesaikan maklumat yang berkongflik dalam teks (iv) cuba gunakan maklumat yang dibaca untuk menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dalam bahan bacaan (sekiranya ada).

Recite (Mengimbas kembali):  Praktiskan ingatan anda mengenai apa yang dibaca dengan cara menyatakan idea-idea utama bahan bacaan, mengemukakan dan menjawab soalan sendiri – gunakan tajuk, perkataan yang ditonjolkan / kata kunci dan nota untuk membina soalan kepada diri anda sendiri.

Review (Bacaan Semula): Secara aktif semak semula pembacaan anda dengan berfokus kepada soalan-soalan yang ditujukan kepada diri anda sendiri bagi mengesahkan ingatan dan kefahaman anda.  Nota atau catatan ringkas anda juga boleh dirujuk.  Baca semula bahan berkenaan sekiranya anda tidak pasti dengan ketepatan jawapan yang anda berikan kepada soalan-soalan yang anda kemukakan.

KWLH:  Teknik ini memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada pelajar, tujuan pelajar membaca dan sumber lain pembelajaran. Teknik KWLH adalah kata singkatan perkataan Bahasa Inggeris yang memberi maksud

No comments:

Post a Comment