Thursday 29 September 2016

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN BELAJAR

1.1 Konsep Kemahiran Belajar
Kemahiran belajar bermaksud sebagai keupayaan, kecekapan atau kebolehan seseorang untuk mendapatkan pengetahuan dan ilmu pengetahuan serta menyebabkan berlakunya perubahan tingkah laku dalam dirinya.
Mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya individu tersebut berilmu dan berkemahiran.Guru bertanggungjawab membantu setiap pelajar dan muridnya untuk meningkatkan kemahiran belajar  masing-masing.
Kemahiran belajar termasuk :
a)     Kemahiran mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
b)     Kemahiran memproses maklumat
c)     Kemahiran menyampaikan maklumat

Kemahiran berfikir adalah kemahiran berfikir secara kritis, berfikir secara kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Pada masa yang sama, kemahiran berfikir menggunakan pelbagai alat-alat berfikir untuk meningkatkan keupayaan berfikir.
Strategi pembelajaran adalah rancangan yang telah diatur atau dipilih (kaedah dan teknik) untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah.
 Strategi yang diperkenalkan di sekolah dan digunakan dalam kalangan guru-guru sekolah di Malaysia :
a)     Direktif
b)     Pemerhatian
c)     Mediatif
d)     Generatif
e)     Koperatif dan kolaboratif
f)      Konteks luar
g)     Metakognitif
h)     Kontekstual
i)      Kajian masa depan

Jenis-jenis pembelajaran yang telah diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian pelajaran Malaysia :
a)     Pembelajaran berpusatkan pelajar
b)     Pembelajaran bersifatkan individu
c)     Pembelajaran berfikrah
d)     Pembelajaran berbantukan teknologi
e)     Pembelajaran berasaskan otak
f)      Pembelajaran berasaskan projek

1.2 Persekitaran Pembelajaran Di Institut Pendidikan Guru (IPG)
Robert M Gagne menyatakan bahawa pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku dalam diri individu. Manakala, Anita E. Woolfolk menerangkan bahawa pembelajaran adalah proses apabila pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku. IPG menawarkan kursus-kursus berkaitan keguruan sebagai persediaan pelajar untuk menjadi guru yang kompeten dengan keadaan semasa.
             
            Terdapat lapan kerja kursus untuk semester 1 yang perlu disiapkan oleh pelajar PPISMP dalam jangka masa 4-6 minggu untuk major dan bukan major. Bimbingan pensyarah semasa pelaksanaan kerja kursus membantu pelajar mengembangkan kemahiran-kemahiran seperti kemahiran berfikir secara kritis, kreatif, berkomunikasi dan berkolaborasi. Pelajar perlu memahami secara mendalam kehendak dan keperluankerja kursus supaya dapat menjawab soalan dengan baik. Pelajar juga mempunyai kemahiran mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, majalah, surat khabar, jurnal, tesis, prosiding, artikel, laporan dan sebagainya. Penggunaan pusat sumber dan perpustakaan memerlukan kemahiran mencari maklumat kerana terdapat banyak dan pelbagai bahan serta maklumat di dalam pusat sumber dan perpustakaan. Pelajar perlu mempunyai kemahiran menganalisis maklumat agar mampu mengenalpasti maklumat yang tepat dan sesuai untuk digunakan dalam penulisan.

                Maklumat yang banyak memerlukan pelajar mempunyai kemahiran membaca cepat supaya dapat memilih maklumat tepat yang diperlukan dengan pentas. Pelajar juga harus memulakan penulisan mengikut kefahaman pembaca yang telah dilakukan. Kemahiran menulis secara akademik diperlukan pada ketika ini supaya sebuah penulisan yang menarik dengan perbincangan yang mantap dapat dihasilkan. Selain itu, pelajar juga perlu mempunyai kemahiran dalam dalam cara penulisan dan penyampaian yang betul mengikut sistem dan format American Psychological Association (APA).

                Pelajar IPG juga banyak menggunakan kemudahan pusat sumber, perpustakaan dan internet untuk mendapatkan bahan pembelajaran manakala di sekolah, pelajar lebih banyak menggunakan bukau teks. Pelajar IPG juga perlu memahami isi pengajaran yang disamapaikan oleh pensyarah tanpa bantuan buku teks. Kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga amat penting di IPG.

1.3 Pembelajaran Regulasi Kendiri (Self Regulated Learning)
*Membawa maksud pembelajaran yang dilakukan sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran (Pintrich,1995).
*Merupakan pembelajaran berpusatkan pelajar di mana pelajar membina keyakinan diri dalam pembelajaran, membuat penilaian ke atas diri sendiri dan membuat pemerhatian sendiri ke atas pembelajaran yang telah diperoleh.
*Pelajar dengan SRL akan merangsang dan memotivasi pembelajaran sepanjang hayat.
=

No comments:

Post a Comment