3.1 PENCARIAN SUMBER MAKLUMAT
Definisi pencarian maklumat bermaksud aktiviti terancang bagi mencari maklumat dengan tujuan untuk memenuhi sesuatu maklumat. Perkara ini merupakan proses asas yang berkait rapat dengan proses pembelajaran dan penyelesaian masalah.
Pencarian sumber maklumat boleh diperoleh melalui sumber seperti, manusia, elektronik, bercetak, tiga dimensi, dan sumber persekitaran.
1. Manusia
Ahli politik
Pakar
Penguatkuasa
Orang awam
2. Elektronik
Audio visual (radio, televisyen, video)
Komputer (CD, VCD, Youtube, Facebook)
Internet
3. Bercetak
Bahan bertulis
Buku, Majalah, Jurnal, Artikel
Laporan, Memo, Surat khabar
4. Tiga Dimensi
Model, Boneka, Diorama, Terrarium, Akuarium
5. Sumber persekitaran
Bunyi, Cahaya, Warna, Bau, Pergerakan
3.2 PENGURUSAN MAKLUMAT
Maklumat yang diperoleh harus diurus dengan sebaik mungkin dan sistematik agar maklumat itu mudah dicapai jika diperlukan.
Terdapat dua jenis maklumat iaitu maklumat dalam bentuk hard copy dan soft copy. Hard copy dalam bentuk buku, jurnal, surat khabar, kamus iaitu dalam bentuk bahan cetakan. Bahan hard copy dalam bentuk cetakan. Manakala soft copy ialah dalam bentuk e-book,e-jurnal, dan bahan yang didapati secara atas talian dan disimpan dalam komputer.
Semua maklumat atau dokumen dalam bentuk soft copy perlu disusun secara sistematik supaya pembaca mudah mengakses fail tersebut apabila diperlukan. Maklumat hard copy disimpan dalam fail-fail disimpan dalam rak-rak atau almari fail.
3.3 PENCARIAN DI PERPUSTAKAAN
Pencarian bahan di pusat sumber atau perpustakaan biasanya menggunakan Online Public Access Catalogue atau dikenali sebagai OPAC. Electronic Query Using Internet Protocol (E-QUIP). OPAC dan E-QUIP digunakan untuk mengesan lokasi buku yang diperlukan dalam perpustakaan. Selain itu, maklumat ilmiah juga boleh diperoleh melalui e-book, e-journal, ERIC, Pro-Quest dan Ebscohost.
3.4 PELAYARAN INTERNET
Pangkalan data untuk pendidikan :
a) Perpustakaan Negara Malaysia
http://www.pnm.gov.my/
b) Pro - Quest : Disertation abstrak
http://www.proquest.com/products-services/dissertations/
c) Pro-Quest Education + Eric Plus Text
http://proquest.libguides.com/eric
d) Emerald Insight
http://www.emeraldinsight.com/
e) EbscoHost
https://www.ebscohost.com/
f) ERIC
http://eric.ed.gov/
3.5 SUMBER PRIMER DAN SUMBER SEKUNDER
Terdapat dua jenis sumber maklumat iaitu sumber primer dan sekunder. Sumber primer merupakan maklumat asas yang diperoleh sendiri oleh penyelidik melalui temu bual, pemerhatian, analisis dokumen, dan soal selidik.
Sumber sekunder adalah sumber maklumat yang diperoleh hasil tafsiran dan rumusan sumber primer. Misalnya, memberi rumusan dan tafsiran kepada hasil dapatan temu bual.
No comments:
Post a Comment