Thursday 29 September 2016

BAB 9: SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

Pentaksiran terdiri daripada pengukuran,  pengujian dan penilaian. Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian Formatif ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan, semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tujuan penilaian adalah untuk memperbaiki kelemahan yang wujud pada pelajar berkenaan. Manakala pula, Penilaian Sumatif ialah penilaian yang dilakukan di akhir sesuatu pengajaran atau program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran di IPG diadakan dalam beberapa bentuk iaitu peperiksaan, kerja kursus, penilaian praktikum, penilaian Bina Insan Guru (BIG) dan penilaian gerak kerja kokurikulum. 

    Selain itu, tugasan kerja kursus dijalankan dalam bentuk tugasan individu dan berkumpulan bergantung kepada objektif penilaian kerja kursus sesuatu subjek. Dalam pada itu, integriti dituntut dari setiap pelajar semasa melaksanakan tugasan kerja kursus. Hasil kerja kursus mestilah idea dan pandangan diri sendiri. Misalnya, membuat laporan hasil kajian diri sendiri atau kumpulan dan menyiapkan kerja amali dengan idea yang asli dan bukan dari individu lain.


9.1 JENIS - JENIS PENTAKSIRAN

Pentaksiran di IPG diadakan dalam beberapa bentuk iaitu : 
Peperiksaan
Kerja kursus
Projek
Ujian Amali
Ujian Akhir Kursus
       3. Penilaian Praktikum 
       4. Penialian Bina Insan Guru
       5. Penilaian Gerak Kerja Kokurikulum


9.2 PERSEDIAAN UNTUK PENTAKSIRAN

Terdapat beberapa bentuk pentaksiran untuk IPG : 
Peperiksaan -
Tugasan kerja kursus -
Praktikum - dijalankan pada sem 5, 6, 7
Bina Insan Guru - setiap semester
Aktiviti kokurikulum - Semester 3 & 4 bagi unit beruniform, olahraga dan semester 1 & 2 bagi persatuan/  kelab/ sukan permainan
Internship - dijalankan pada sem 8

Tugasan individu dan tugasan berkumpulan
Tugasan individu dan tugasan berkumpulan bergantung kepada objektif penilaian kerja kursus subjek berkenaan. Penilaian dilakukan dalam tiga bentuk misanya penulisan esei, persembahan dan penulisan kreatif. 
Kandungan penulisan reflektif mengandungi : 
Menerangkan pengalaman menyiapkan tugasan kerja kursus
Menghuraikan masalah yang dihadapi ketika melakukan kerja kursus


BAB 8: SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LEARNING MANAGEMENT SYSTEM)

Apa itu Sistem Pengurusan Pembelajaran ?

    Sistem Pengurusan Pembelajaran adalah atau lebih dikenali sebagai Learning Managment System(LMS) merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran,dokumentasi dan laporan program latihan,kelas serta aktiviti dalam talian,e-learning program dan kadar latihan.LMS merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan MAMPU. MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif Open Source Software(OSS). LMS boleh dibahagikan kepada dua kategori,iaitu proprietary dan open source. Contoh LMS proprietary yang biasa digunakan adalah Blackboard manakala contoh bagi LMS open source pula ialah Moodle yang popular dan digunakan secara meluas kerana ia adalah percuma dan boleh di ubah suai. LMS di SPIN misalnya,merupakan sistem pengurusan pegajaran dan pembelajaran interaktif


8.1 Ciri-ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran

Sistem Pengurusan Pembelajaran biasanya menggunakan internet melalui e-pembelajaran yang diperoleh di laman web universiti atau kolej. SPP digunakan untuk membantu memudahkan pengurusan dilakukan ke atas pelajar, subjek-subjek setiap semester, membantu pensyarah mengurus subjek yang ditawarkan dan pentadbiran sepanjang pengajian di universiti, institut dan kolej.


Gambar ini menunjukkan contoh Sistem Pengurusan Pembelajaran dari Universiti Putra Malaysia.




8.2 Kegunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran

Sistem Pengurusan Pembelajaran atau LMS mampu memberi impak kepada asas aktiviti institusi pendidikan. LMS juga memainkan peranan di dalam latihan dan pengukur kemahiran perniagaan. Ia perlu diselarikan dengan prosedur standard untuk semua aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran termasuk menangani isu-isu dasar yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti ini.

Hasilnya terhadap pilihan LMS sama ada komersial atau Sumber terbuka, telah menggabungkan semua isu ini di dalam pelaksanaannya.  LMS biasanya menawarkan pelbagai alatan untuk menyediakan kursus yang lebih berkesan dan ia adalah alatan yang sesuai untuk memperkemaskan pembelajaran dengan menggunakan kelebihan yang terdapat di internet tanpa mengabaikan kepentingan seorang guru.

Moodle merupakan salah satu perisian yang dilihat mempunyai nilai yang tinggi dan paling tinggi penggunaannya di dalam komuniti pendidikan, khususnya pendidikan tinggi dan universiti.
Kelebihan utama perisian Sumber terbuka ialah kos pelesenannya dihapuskan tidak seperti LMS yang komersil.  Faktor penting yang kedua ialah perisian Sumber terbuka mempunyai fungsi yang boleh disesuaikan dan diubah untuk memenuhi keperluan pengguna. Di samping itu, sokongan bantuan terhadap sumber terbuka adalah amat kuat.

Moodle semakin mendapat populariti dalam kalangan universiti dunia dan sama ada yang sedang digunakan atau telah lama digunakan di beberapa universiti dunia.  Kebanyakan laman web universiti-universiti UK telah mendedahkan penggunaan penuh mereka terhadap Moodle termasuklah Kent,Essex, Bath, Birmingham, Glasgow,Open University and City of Dublin. Universiti yang menggunakan Moodle ialah UNITEN.


Gambar ini menunjukkan contoh Moodle yang digunakan oleh UNITEN.



8.3 Kepentingan Sistem Pengurusan Pembelajaran

Kepentingan LMS adalah

Antara kepentingan LMS adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.Hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.LMS melibatkan penggunaan kos secara efektif.Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.Melalui penggunaan LMS,pelajar juga berpeluang untuk berbincang dengan pakar dari universiti melalui emel atau blackboard.Selain itu,LMS dapat memberikan pelbagai kemudahan samaada untuk pelajar,pengurus kursus,tutor,pengurus pusat pembelajaran.

 Kelebihan LMS kepada pelajar adalah,dapat merancang pembelajaran,dapat berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekelas secara maya dan memboleh pelbagai maklumat didapati.
Kelebihan LMS kepada pengurus pusat pembelajaran pula adalah,untuk menguasai penggunaan suatu perisian kursus dan dan dapat menyalur bahan dari pelbagai sumber.
 Kelebihan LMS kepada pengurus kursus adalah,dapat mendaftarkan pelajar mengikut kursus serta dapat menjalankan program kepada pelajar.







BAB 7: APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER

7.1 PERISISAN UTILITI

    Perisian utiliti adalaah perisian sokongan atau baantuan yang berperanan membantu kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian penggunaan.  Contohnya seperti berikut :

1. Disk Scanner

Digunakan untuk meningkatkan prestasi sistem dengan membuang fail yang tidak diperlukan. Contohnya, Disk Scanner ialah Scan Disk dan Disk Cleanup 

2. Disk Defragmenter

Perisian dalam Microsoft Windows untuk meningkatkan kelajuan komputer dengan menyusun atur fail ke lokasi sesuai
Sesuai dilakukan tiga bulan sekali


3. Virus Scanner

Digunakan untuk meindungi komputer daripada diserang virus
Contohnya, McAfee, BitDefender, Kaspersky dan Avira 


4. File Converter

Digunakan untuk menukar fail media dari satu format kepada format lain
MP3, WMA, Video ke MP4, AVI, MPEG
Foto JPEG, JPG
Dokumen ke PDF, Flash, HTML, TXT, DOC

5. Screen Capture

Screen capture mengambil gambar pada skrink komputer untuk kegunaan tertentu
Di Window, print skrin diakukan dengan klik (ALT+Prnt Sc)
Buka MS Words dan klik (CTRL+V) 

6. Wireless Networking Tools

Wireless Networking Tools diperlukan untuk sambungan Wi-Fi
Berguna di semua tempat untuk menghubungkan kepada sambungan internet tanpa wayar
Jika tiada wireless networking tools pengguna boleh membeli USB port untuk disambungkan kepada komputer

7. Onine Sharing

Dropbox, Skydrive dan Google Drive adalah alat untuk menyimpan dan perkongsian dokumen atas talian
Dropbox menyimpan foto, video, dokumen dan boleh diakses bila-bila masa
Fail tidak hilang kerana berada di atas talian Dropbox

8. Downloading Tools

Memuat turun maklumat yang diperlukan daripada  internet
Misalnya, 4shared, Torrentz 
Pengguna Android menggunakan Playstore untuk memuat turun gadget yang diminati 
Pengguna Apple menggunakan Apple Store 
Gadjet lain, Skype, Viber, LINE, Facebook, WeChat, Youtube, Instagram   

9. Presentation Tools

Alat yang digunakan untuk membuat persembahan 
Prezi, SlideRocket, SlideShare, Google Presentation dan AuthorStream
SlideShare menggunakan bahan PDF, PowerPoint atau Word
Google presentation sebahagian daripada Google Drive 

10. Disc Burning Tools

Alat untuk menyalin data atau fail daripada komputer ke CD/DVD, HD-DVD/ BLU-RAY


7.2 PERISIAN PEMPROSESAN PERKATAAN

    Perisian pemprosesan perkataan adalah perisian yang digunakan untuk memproses maklumat dalam bentuk teks perkataan. Digunakan untuk mengarang, memformat, menyunting dan mencetak dokumen. Contohnya, Microsoft Word, Power Point dan sebagainya.

7.3 PERISIAN HAMPARAN KERJA

    Perisian hamparan kerja adalah perisian yang digunakan untuk memproses data dalam bentuk teks numerik. Aplikasi ini digunakan untuk menganalisis data seperti purata, jumlah dan kiraan aritmetik yang mudah. Contoh perisian adalah Microsoft Excel.

Image result for excel


7.4 PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

    Perisian persembahan elektronik adalah perisian yang digunakan untuk membina dan menghasilkan slaid atau persembahan elektronik yang diingini. Bahan persembahan boleh dihasilkan menggunakan blank presentation, design template, dan from autoconnect wizard. Contoh perisian persembahan elektronik adalah Microsoft Powerpoint. 

Image result for power point

7.5 PERISIAN PANGKALAN DATA


    Perisian pengkalan data yang biasa digunakan ialah MS Access. Pangkalan data merupakan satu sistem data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik. MS Access terdapat dalam Microsoft Office. 


7.6 BLOG

 Blog berasal daripada web blog uag dicantumkan menjadi blog. Blog adalah catatan maklumat yang disebarkan oleh individu mengikut kronologi masa. Ledakan teknologi Web 2.0 mendorong kewujudan sostem hos blog percuma seperti blogspot.com dan wordpress.com sekitar tahun 2004. Melalui sistem percuma ini, penulis blog mampu menjadi medium terbesar menyampaikan maklumat secara global dan pantas. 

Blogspot.com dan Wordpress.com





BAB 5: KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA

Pengambilan nota yang baik dapat membantu pelajar memahami apa yang dipelajari dan digunakan ketika mengulang kaji peperiksaan. 

Berikut adalah beberapa perkara penting ketika mencatat nota yang efektif :

  Mengetahui idea utama
  Mengenalpasti maklumat yang sesuai untuk ditulis
  Menggunakan cara yang sesuai seperti outline note atau column note
  Menggunakan cara menulis nota bentuk grafik
  Menggunakan perkataan sendiri 
  Mencatat sumbar maklumat diperoleh


*Mencatat nota juga membantu pelajar memberi tumpuan dan mengingat apa yang disampaikan oleh pensyarah (Turkel,  J., K., & Peterson, F., 1982).


5.1 Cara-cara Membuat Nota

Terdapat beberapa cara yang biasa digunakan untuk mencatat nota iaitu : 

Annotation  - nota yang ditulis dalam bentuk kerangka isi penting.
Outline notes – nota yang ditulis dalam bentuk isi-isi penting.
Column notes – nota yang ditulis dalam bentuk kolum. 
Nota rumusan – nota dalam bentuk rumusan.


 5.2 Alat-alat Berfikir Dalam Membuat Nota

 Terdapat beberapa alat berfikir yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada ketika ini.

 Alat berfikir berkenaan adalah seperti berikut : 

1. PENGURUSAN GRAFIK

2. PETA MINDA 

3. PEMETAAN i-THINK 

4. TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI

PENYOALAN SOKRATIK
SOALAN BERTUMPU DAN MENCAPAH
LINGKARAN SOALAN

BAB 4: TEKNIK MEMBACA

Membaca merupakan proses yang kompleks melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan.


4.1 Pembacaan Cepat. (Speed Reading Technique)

Teknik ini biasanya digunakan apabila pembaca ingin memilih artikel sama ada bahan dalam artikel  berkenaan sesuai atau tidak dengan apa yang diingini dan mengikut keperluan.

Amat penting kerana dapat menjimatkan masa membaca secara keseluruhan artikel berkenaan dan kemudiannya artikel tidak sesuai dengan kehendak dan keperluan pembaca (Sutz & Weverka, 2009).

Dua jenis teknik bacaan cepat ialah : 

a) Luncuran / Skimming

b) Imbasan / Scanning

a) SKIMMING:  membaca secara pantas bahan bacaan untuk tujuan memahami idea utama  atau tema bahan bacaan berkenaan.  Dalam membaca sesuatu  petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting sesuatu perenggan untuk mendapatkan fahaman umum.  Dalam membaca  sesebuah buku, fokus kita ialah kepada bahagian tertentu buku berkenaan seperti bahagian pengenalan, daftar isi kandungan, prakata, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indek untuk mendapatkan gambaran umum tentang buku yang dibaca.

b) SCANNING:  Pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus sesuatu bahan bacaan.  Pembaca boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting.  Ketika membaca kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah petikan muka surat yang dibaca sambil memberi tumpuan kepada maklumat yang dicari.



4.2 Pembacaan Perlahan.

 ·   Pembacaan perlahan juga dikenali sebagai teknik bacaan secara kritis

 ·   Teknik bacaan ini terdiri daripada dua teknik iaitu : 


a) Teknik KWLH (Know, Want, Learned, How)

· K – mengingat semula apa yang telah diketahui berkaitan topik yang 

· W  - menentukan apa yang ingin dipelajari daripada artikel berkenaan .

· L  - menyatakan apa yang dipelajari daripada bahan yang dibaca.

· H  - menyatakan bagaimana pelajar ingin meneruskan penerokaan beraitan topik 

Teknik ini bertujuan memberikan pelajar peluang membaca secara kritis mengaitkan pengalaman sedia ada dengan perkara yang dibaca pertingkatkan minat untuk membaca perkara-perkara yang hendak   diketahui  mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang perlu diketahui lagi  peningkatan pemahaman membaca sesuatu bahan yang dibaca.
Langkah-langkah membaca menggunakan Teknik KWLH
1. Kenal pasti bahan yang hendak dibaca. Adakah bahan itu artikel, rencana, petikan, buku atau sebagainya. Lihat sepintas lalu bahan itu, cuba buat  jangkaan isi bahan itu.
2. Cuba catatkan maklumat yang telah diketahui berkenaan tajuk itu. Atau cuba sebutkan perkara-perkara yang telah diketahui tentang tajuk. Cuba binaan soalan-soalan yang ingin anda dapatkan maklumat daripada teks berkenaan.
3. Baca teks berkenaan dan catatkan maklumat-maklumat yang anda dapati.
4. Semak kembali apa yang telah anda ketahui, apa yang baru anda dapati daripada teks dan jika anda memerlukan maklumat tambahan yang lain, cuba cadang dan sebutkan, bagaimanakah cara untuk anda dapatkan meklumat tambahan itu.

 b) SQ4R:  Merupakan satu teknik membaca yang dapat membantu pelajar memahami dan mengingat maklumat yang dibaca melalui satu siri tindakan yang berurutan.  Teknik ini dibangunkan oleh Thomas & Robinson (1972) berasaskan sistem SQ3R yang dibina oleh Robinson (1961).  Teknik ini diakui berkesan untuk membantu pembelajaran dan ingatan pelajar.  Langkah-langkah penggunaan SQ4R:

Teknik SQ3R (Survey, Question, Read, Recite, Review)

· S – menyemak teks yang ingin dibaca – tajuk, pengenalan, setiap perenggan, 

· Q – menyoal teks yang dibaca supaya pembaca dapat memahami apa yang 

· R – membaca dan mencatat perkara penting yang dibincangkan dalam teks.

· R – menyatakan semula dalam bentuk lisan berdasarkan catatan yang dibuat. 

·R – membuat gambaran dengan menyatakan semula idea keseluruhan teks yang dibincangkan .

Survey (Tinjauan):  Skim bahan bacaan secara cepat untuk mendapatkan idea secara keseluruhan.  Beri perhatian kepada tajuk/sub-tajuk, sinopsis, daftar isi kandungan dan kenal pasti apa yang hendak anda baca atau pelajari.

Question (Bina Soalan): Bina soalan kepada diri sendiri mengenai bahan yang hendak dibaca.  Gunakan tajuk / sub-topik sebagai panduan. Gunakan kata tanya siapa, apa, mengapa dan di mana.

Read (Baca):  Baca bahan. Tidak perlu mengambil nota secara ekstensif.  Cuba jawab soalan-soalan yang telah dibina.  Tambah soalan-soalan baru sekiranya perlu.

Reflect (Refleksi):  Cuba fahami secara bermakna maklumat yang dibaca dengan (i) menghubungkannya dengan apa yang telah anda ketahui (ii) menghubungkan sub-topik dengan konsep dan prinsip sebelumnya (iii) cuba menyelesaikan maklumat yang berkongflik dalam teks (iv) cuba gunakan maklumat yang dibaca untuk menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dalam bahan bacaan (sekiranya ada).

Recite (Mengimbas kembali):  Praktiskan ingatan anda mengenai apa yang dibaca dengan cara menyatakan idea-idea utama bahan bacaan, mengemukakan dan menjawab soalan sendiri – gunakan tajuk, perkataan yang ditonjolkan / kata kunci dan nota untuk membina soalan kepada diri anda sendiri.

Review (Bacaan Semula): Secara aktif semak semula pembacaan anda dengan berfokus kepada soalan-soalan yang ditujukan kepada diri anda sendiri bagi mengesahkan ingatan dan kefahaman anda.  Nota atau catatan ringkas anda juga boleh dirujuk.  Baca semula bahan berkenaan sekiranya anda tidak pasti dengan ketepatan jawapan yang anda berikan kepada soalan-soalan yang anda kemukakan.

KWLH:  Teknik ini memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada pelajar, tujuan pelajar membaca dan sumber lain pembelajaran. Teknik KWLH adalah kata singkatan perkataan Bahasa Inggeris yang memberi maksud

BAB 3: KEMAHIRAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT

3.1 PENCARIAN SUMBER MAKLUMAT

Definisi pencarian maklumat bermaksud aktiviti terancang bagi mencari maklumat dengan tujuan untuk memenuhi sesuatu maklumat. Perkara ini merupakan proses asas yang berkait rapat dengan proses pembelajaran dan penyelesaian masalah. 
    Pencarian sumber maklumat boleh diperoleh melalui sumber seperti, manusia, elektronik, bercetak, tiga dimensi, dan sumber persekitaran. 

1. Manusia
Ahli politik
Pakar
Penguatkuasa
Orang awam

2. Elektronik
Audio visual (radio, televisyen, video)
Komputer (CD, VCD, Youtube, Facebook)
Internet

3. Bercetak
Bahan bertulis
Buku, Majalah, Jurnal, Artikel
Laporan, Memo, Surat khabar

4. Tiga Dimensi
Model, Boneka, Diorama, Terrarium, Akuarium

5. Sumber persekitaran
Bunyi, Cahaya, Warna, Bau, Pergerakan


3.2 PENGURUSAN MAKLUMAT
    
Maklumat yang diperoleh harus diurus dengan sebaik mungkin dan sistematik agar maklumat itu mudah dicapai jika diperlukan.
    Terdapat dua jenis maklumat iaitu maklumat dalam bentuk hard copy dan soft copy. Hard copy dalam bentuk buku, jurnal, surat khabar, kamus iaitu dalam bentuk bahan cetakan.  Bahan hard copy dalam bentuk cetakan. Manakala soft copy ialah dalam bentuk e-book,e-jurnal, dan bahan yang didapati secara atas talian dan disimpan dalam komputer.

    Semua maklumat atau dokumen dalam bentuk soft copy perlu disusun secara sistematik supaya pembaca mudah mengakses fail tersebut apabila diperlukan. Maklumat hard copy disimpan dalam fail-fail disimpan dalam rak-rak atau almari fail. 


3.3 PENCARIAN DI PERPUSTAKAAN


    Pencarian bahan di pusat sumber atau  perpustakaan biasanya menggunakan Online Public Access Catalogue atau dikenali sebagai OPAC. Electronic Query Using Internet Protocol (E-QUIP). OPAC dan E-QUIP digunakan untuk mengesan lokasi buku yang diperlukan dalam perpustakaan. Selain itu,  maklumat ilmiah juga boleh diperoleh melalui e-book, e-journal, ERIC, Pro-Quest dan Ebscohost.



3.4 PELAYARAN INTERNET

 Pangkalan data untuk pendidikan :

a)    Perpustakaan Negara Malaysia
    http://www.pnm.gov.my/

b)    Pro - Quest : Disertation abstrak 
    http://www.proquest.com/products-services/dissertations/

c)    Pro-Quest Education + Eric Plus Text
    http://proquest.libguides.com/eric

d)    Emerald Insight
     http://www.emeraldinsight.com/
e)    EbscoHost
    https://www.ebscohost.com/
    
f)    ERIC
    http://eric.ed.gov/


3.5 SUMBER PRIMER DAN SUMBER SEKUNDER

    Terdapat dua jenis sumber maklumat iaitu sumber primer dan sekunder. Sumber primer merupakan maklumat asas yang diperoleh sendiri oleh penyelidik melalui temu bual, pemerhatian, analisis dokumen, dan soal selidik. 

    Sumber sekunder adalah sumber maklumat yang diperoleh hasil tafsiran dan rumusan sumber primer. Misalnya, memberi rumusan dan tafsiran kepada hasil dapatan temu bual.  

BAB 2: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah. Pengurusan melibatkan kerjasama dengan orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan. Manakala, Mary Parker Follat (1995) seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain. 

    Dalam erti kata lain, pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku secara  kekal. Pembelajaran juga merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku berpotensi berdasarkan pengalaman-pengalaman berulang dalam sesuatu situasi.  


2.1 PENETAPAN MATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK

    Penetapan matlamat diri dan akademik harus menjadi satu perkara utama yang perlu diberikan perhatian oleh setiap pelajar mahupun mahasisawa dan mahasiswi. Bagi membolehkan pelajar memahami dengan lebih jelas tentang konsep penetapan matlamat diri dan akademik, pelajar boleh menggunakan teknik SMART.

















2.2 PENGURUSAN MASA

    Perancangan jadual belajar melibatkan kemahiran mengurus masa. Anda perlu mengetahui cara menggunakan masa dengan betul. Pelajar harus menjadikan sekolah dan IPT sebagai tempat yang menyeronokkan untuk menuntut ilmu. Pembahagian masa untuk belajar, beriadah, berlatih dan menonton televisyen. Rahsia pelajar yang berjaya dengan cemerlang adalah mengurus masa dengan cekap yang membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dengan jayanya (Khalid Mohamed Noor, 2002). 
    Padilah Ali (1994) menyatakan bahawa perancangan dan penyediaan jadual waktu dapat menunjukkan beban kerja sebenar yang dihadapi pelajar. Secara tidak langsung pelajar dapat mencorak pembelajaran mereka dan cara mengulang kaji yang sesuai. Zukifli et.al. (1993) menyatakan bahawa jadual waktu merupakan arah tuju dan panduan untuk pelajar belajar dengan lebih bersistematik. 
    Jadual waktu ini bukan jadual waktu mingguan yang tetap. Namun, jadual waktu merupakan satu senarai aktivit yang perlu dilakukan hari ini atau hari keesokannya. Senarai ini mesti bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran seperti tugasan atau assingnment, mata pelajaraan hari ini, esok dan latihan atau perjumpaan yang perlu hadir.

2.3 MENGENALI GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI

    Menjelang Wawasan 2020, pendidikan di Malaysia seharusnya bergerak seiring dengan kemajuan negara. Namun, pelajar tidak didedahkan dengan pelbagai model dan teknik pembelajaran. Malangnya, perkara ini tidak ditekankan oleh guru dan pensyarah. Sarena Abdul Karim (2003) menyatakan bahawa sistem pendidikan di Malaysia tidak menekankan aspek teknik belajar atau kemahiran belajar. 
    Setiap individu mempunyai kecerdasan dan tahap intelektual yang berbeza. Oleh itu, setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri mengikut kesesuaian individu. Antara gaya dan model pembelajaran kendiri ialah gaya pembelajaran VARK, gaya pembelajaran Dunn & Dunn dan gaya pembelajaran Kecerdasan Pelbagai. 


a) Gaya pembelajaran VARK
(b) Gaya pembelajaran Dunn & Dunn
(c) Gaya pembelajaran Kecerdasan Pelbagai 

 2.4 Strategi Meningkatkan Daya Ingatan.

Boleh dilakukan dengan pelbagai cara bergantung kepada individu.
Dua jenis ingatan iaitu :
 · Ingatan jangka pendek.
· Ingatan jangka panjang.

 · Merupakan maklumat yang disimpan dalam jangka masa 15 hingga 30 saat (Atkinson & Shiffrin, 1971).
 · Merupakan maklumat yang disimpan sehingga akhir hayat.

Strategi yang digunakan untuk meningkatkan daya ingatan sama ada ingatan jangka pendek atau jangka panjang adalah melalui penggunaan beberapa teknik iaitu (Hancoch &Buggy, 2012) :
 · Akronim
· Akrostik
· Irama dan lagu
· Lokasi
· Chunking
· Latihan berulang-ulang



2.5 Perancangan Jadual Belajar.

-Merupakan salah satu aspek dalam pengurusan masa.
 -Pengurusan masa yang baik dapat memberi manafaat  kepada individu supaya sentiasa melakukan aktiviti yang berfaedah, cekap dan     berkesan.